Resipi

Biskut Badam Rangup

  • Chef Hanieliza
  • 2 orang
  • 20 minit
Bahan-bahan

​Bahan-Bahan

  • 120 g mentega
  • 80 g gula kastor
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 60 g badam kisar
  • 180 g tepung gandum (diayak)
  • 100 g almond flake (badam cencang nipis)
  • 2 biji kuning telur (untuk sapuan

Cara Memasak

  1. Pukul mentega dan gula kastor sehingga lembut.
  2. Masukkan kuning telur dan esen vanila. Pukul lagi.
  3. Masukkan badam kisar dan tepung gandum. Gaul rata.
  4. Canai dan ratakan adunan.
  5. Terap adunan tadi dengan sebarang acuan dan sapukan kuning telur di atasnya. Kemudian, letakkan almond flake di atasnya.
  6. Bakar di dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada 170°C api atas dan bawah selama 15-20 minit sehingga masak.
  7. Sejukkan dan simpan di dalam balang kedap udara.