Resipi

Biskut Badam Manis

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 20 minit
Bahan-bahan

Bahan A

  • 250 g mentega
  • 160 g gula kastor
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 150 g badam kisar
  • 300 g tepung gandum (diayak)
  • 60 g tepung jagung (diayak)

Bahan B (Hiasan)

  • 250 g coklat masakan
  • 100 g coklat putih
  • Acuan kertas hitam
  • Gula-gula manik hiasan

Cara Memasak

  1. Pukul mentega dan gula kastor sehingga lembut.
  2. Masukkan kuning telur dan esen vanila. Pukul sebati.
  3. Masukkan badam kisar, tepung gandum, dan tepung jagung. Gaul rata.
  4. Buatkan seperti bentuk buah kana kecil dan susunkan di atas dulang pembakar.
  5. Panaskan ketuhar pada suhu 170°C api atas dan bawah selama 10 minit.
  6. Masukkan biskut dan bakar selama 20 minit ataupun sehingga masak. Biarkan sejuk di dalam dulang pembakar.
  7. Cairkan coklat masakan secara double boiler dan celupkan biskut.
  8. Masukkan biskut ke dalam acuan kertas. Biarkan beku.
  9. Cairkan pula coklat putih secara double boiler dan masukkan ke dalam piping bag.
  10. Lorekkan coklat putih di atas biskut yang sudah dicelup coklat tadi. Hiaslah mengikut kesukaan menggunakan gula-gula manik hiasan.
  11. Apabila biskut sudah sejuk, masukkan ke dalam bekas kedap udara.