Resipi

Beriani Kambing

  • Chef Hanieliza
  • 8 orang
  • 30 minit
Bahan-bahan

Bahan A

  • 1 kg daging kambing
  • 4 sudu makan rempah beriani
  • 1 cawan yogurt asli
  • 3 biji kentang (Dipotong kecil)
  • 2 biji tomato (Dipotong 4)
  • 3 biji cili merah
  • 2 biji cili hijau
  • 2 labu bawang besar (Dipotong 4)
  • 1 pokok daun ketumbar(Dipotong kasar)
  • 3 cawan air
  • Garam secukup rasa

Bahan B

  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga
  • 1 tangkai daun kari
  • 3 sudu makan minyak masak

Cara Memasak

  1. Basuh daging kemudian potong kecil. Perap daging dengan rempah beriani.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan B sehingga wangi.
  3. Masukkan daging dan air. Kacau rata sehingga pecah minyak. Masakkan sehingga daging lembut.
  4. Masukkan yogurt, garam, dan kentang. Masakkan sehingga kentang lembut.
  5. Masukkan tomato, cili merah, cili hijau, bawang besar, dan daun ketumbar. Kemudian rasakan garamnya.
  6. Apabila sudah nampak layu, tutup api dan hidangkan.