Resipi

Bergedel Tauhu

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 5 minit
Bahan-bahan

Bahan A

  • 4 keping tauhu lembut (Dihancurkan)
  • 1 biji kentang (Direbus dan dihancurkan)
  • 200 g udang (Dibuang kulit dan dipotong kecil)
  • 2 biji cili merah (Dihiris halus)
  • 2 pokok daun bawang (Dicencang halus)
  • 1 sudu makan serbuk lada hitam
  • 1 sudu makan tepung jagung
  • Garam secukup rasa

Bahan B

  • 2 biji telur (Dipukul)
  • Minyak masak (Bagi menggoreng)

Cara Memasak

  1. Masukkan semua bahan A ke dalam mangkuk dan gaul rata.
  2. Bentukkan adunan menjadi bulat dan leper.
  3. Panaskan minyak di dalam kuali.
  4. Celupkan adunan ke dalam telur dan gorengkan dengan api yang kecil sehingga masak.
  5. Angkat dan tuskan.
  6. Sedia dihidangkan dengan sos cili.