Resipi

Bendi Goreng Berlada

  • Chef Hanieliza
  • 2 orang
  • 10 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • 300 g kacang bendi
  • 5 biji cili merah
  • 3 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 2 sudu makan udang kering
  • 2 sudu makan air
  • 3 sudu makan minyak masak
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Basuh bendi dan potong serong.
  2. Panaskan minyak kemudian tumiskan bahan yang ditumbuk dan udang kering sehingga wangi.
  3. Masukkan bendi, air dan garam. Kacau rata dan tutup kuali.
  4. Apabila bendi sudah agak lembut, tutup api.
  5. Angkat dan sedia dihidangkan.