Resipi

Bamia Kambing

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 30 minit
Bahan-bahan

​Bahan-Bahan

  • ½ kg daging kambing
  • 3 sudu makan rempah kari daging
  • 2 sudu makan serbuk badam
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1½ inci halia
  • 300 g bendi
  • 3 cawan santan (½ biji kelapa)
  • 2 biji tomato (Dipotong 4)
  • 3 tangkai daun kari
  • 2 sudu makan minyak
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Potong kecil daging kambing.Basuh dan tuskan.
  2. Gaulkan daging dengan bahan yang dikisar. Perap selama 1 jam.
  3. Panaskan minyak dan gorengkan bendi sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
  4. Masukkan daging yang sudah diperap ke dalam periuk dan kacau rata.
  5. Masukkan santan dan garam. Masak sehingga daging lembut dan kuah pekat.
  6. Masukkan tomato, bendi dan daun kari. Kacau seketika kemudian tutup api.