Resipi

Ayam Vietnam

  • Chef Hanieliza
  • 2 orang
  • 20 minit
Bahan-bahan

Bahan A

  • 1 kg dada ayam
  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • ½ inci halia
  • 1 sudu teh sos ikan
  • 1 sudu teh lada hitam (Dikisar)
  • 1 cawan daun pudina
  • 3 sudu makan minyak masak
  • 1 biji limau nipis (Diambil jus)
  • Garam secukup rasa

Bahan B (dikisar)

  • 5 biji cili merah
  • 1 sudu teh belacan
  • 2 ulas bawang putih
  • ½ inci halia
  • 2 tangkai serai

Cara Memasak

  1. Hiris ayam sederhana dan nipis.Basuh dan tus kering.
  2. Gaulkan ayam dengan bahan yang dikisar halus, sos ikan dan lada hitam. Perapkan 30 minit.
  3. Panaskan minyak masak kemudian tumiskan bahan B sehingga naik bau.
  4. Masukkan ayam dan garam (sekiranya perlu) dan kacau rata sehingga ayam masak.
  5. Masukkan jus limau dan daun pudina. Kacau lagi sehingga rata.
  6. Sedia dihidangkan.