Resipi

Ayam Tandoori Sos Pudina

  • Chef Hanieliza
  • 2 orang
  • 20 minit
Bahan-bahan

Bahan A

  • 2 paha ayam
  • 3 sudu makan cili kisar
  • ½ sudu teh serbuk jintan manis
  • ½ sudu teh serbuk kayu manis
  • ½ sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 cawan yogurt
  • 2 biji limau nipis (Diambil jusnya)
  • Garam secukup rasa

Bahan B (sos pudina)

  • 2 cawan yogurt (250ml)
  • ½ cawan daun pudina
  • ½ sudu teh gula
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Ayam dikelar dan gaulkan dengan semua bahan A. Perapkan selama beberapa jam.
  2. Bakar di dalam kuali non-stick sehingga masak atau bakar di dalam oven pada suhu 180˚C api atas bawah selama 15 - 20 minit.
  3. Masukkan semua bahan sos pudina ke dalam pengisar dan kisar.
  4. Hidangkan ayam tandoori bersama sos pudina dan roti.