Resipi

Ayam Sambal Kicap

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 30 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • ​500 g ayam (Dipotong kecil)
  • 20 tangkai cili kering
  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • ½ cawan air
  • 1 batang serai (Diketuk)
  • 5 helai daun limau purut (Dikoyak)
  • 3 sudu makan sos tomato
  • 5 sudu makan kicap
  • 1 labu bawang besar (Dipotong bulat)
  • Minyak masak secukupnya
  • Garam (Sekiranya perlu)

Cara Memasak

  1. Basuh ayam dan tuskan.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar bersama serai sehingga wangi dan garing.
  3. Masukkan ayam dan kacau. Biarkan sehingga ayam lembut dan pecah minyak.
  4. Masukkan daun limau purut, sos tomato, dan kicap. Kacau sehingga sebati.
  5. Masukkan bawang besar. Masakkan sehingga pecah minyak. Sedia dihidangkan.