Resipi

Ayam Panggang Pudina

  • Chef Hanieliza
  • 2 orang
  • 20 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • 2 paha ayam
  • 1 cawan daun pudina
  • 3 biji cili merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 sudu makan minyak zaitun
  • 1 biji lemon (Diambil jusnya)
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Bersihkan ayam kemudian kelar.Basuh dan tus kering.
  2. Masukkan ayam, bahan yang dikisar, minyak zaitun, dan jus lemon ke dalam mangkuk dan gaul sebati.
  3. Perapkan selama 1 jam ataupun sebaik-baiknya 4 jam.
  4. Panggang ayam sehingga masak atau masukkan ke dalam oven dengan suhu 180˚C api atas dan bawah selama 15-20 minit.
  5. Sedia dihidangkan.