Resipi

Ayam Masak Lemak Cili Api

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 30 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • ½ ekor ayam (Dipotong kecil)
  • 15 biji cili api
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci halia
  • 2 batang serai
  • 1 cawan air
  • 3 biji kentang (Dibelah 4)
  • 1 helai daun kunyit (Dikoyakkan)
  • 2 cawan santan pekat
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Masukkan semua bahan kecuali santan pekat dan garam ke dalam periuk. Masakkan sehingga ayam dan kentang menjadi lembut.
  2. Masukkan santan pekat dan sentiasa kacau sehingga mendidih semula.
  3. Masukkan garam dan kacau sehingga sebati. Tutup api dan angkat.
  4. Hidangkan bersama nasi putih.