Resipi

Ayam Goreng Pudina

  • Chef Hanieliza
  • 2 orang
  • 20 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • 1 kg dada ayam
  • 5 biji cili merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah
  • 1 inci halia
  • 1 cawan daun pudina
  • 2 biji tomato (Dibelah 6)
  • 2 biji cili hijau (Dihiris)
  • 3 sudu makan minyak masak
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Potong ayam dalam saiz kecil dan nipis. Basuh dan tuskan.
  2. Panaskan minyak masak kemudian tumiskan bahan yang dikisar sehingga wangi.
  3. Masukkan ayam dan daun pudina. Kacau rata sehingga ayam lembut.
  4. Masukkan tomato dan cili hijau. Kacau rata.
  5. Hidangkan dengan hirisan daun pudina lagi