Resipi

Asam Rebus Keladi

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 20 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • 500 g batang keladi dan ubinya
  • 5 biji bawang merah
  • ½ inci belacan
  • 5 biji cili merah
  • 2 sudu makan udang kering
  • 3 tangkai daun kesum
  • 5 keping asam gelugur
  • 5 cawan air
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Buangkan kulit batang keladi dan kulit ubinya. Basuh dan tuskan.
  2. Masukkan keladi dan garam ke dalam periuk dan rebus sehingga masak dan lembut. Kemudian tuskan.
  3. Masukkan bahan yang dikisar, keladi dan bahan-bahan lain ke dalam periuk dan masak sehingga mendidih.
  4. Sedia dihidangkan.