Resipi

Acar Telur Puyuh

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 15 minit
Bahan-bahan

Bahan A

  • 20 biji telur puyuh (Direbus dan dikupas kulit)
  • 1 batang timun
  • 1 batang lobak merah
  • 2 labu bawang besar
  • 10 biji bawang merah
  • 3 biji cili merah
  • 3 biji cili hijau
  • 3 sudu makan cuka tiruan
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 sudu teh kapur makan (Dibancuh dengan 1 liter air)
  • 2 sudu makan gula
  • Garam secukup rasa

Bahan B ( Tumisan)

  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • ½ inci halia
  • 1 sudu makan biji sawi
  • 3 sudu makan minyak masak

Cara Memasak

  1. Potong semua sayur kecil dan memanjang.
  2. Rendamkan sayur-sayuran di dalam air kapur supaya rangup. Kemudian, tuskan supaya kering.
  3. Panaskan minyak, kemudian tumiskan bahan B.
  4. Masukkan cuka tiruan, garam, gula dan serbuk kunyit.
  5. Apabila mendidih, masukkan telur puyuh, timun, lobak merah, bawang besar, bawang merah, cili merah, dan cili hijau. Kacau sehingga rata.
  6. Apabila pekat, angkat dan sedia dihidangkan.