Blog

Menjaga Orang Berpantang Jadi Lebih Mudah Dengan Cara Ini.

Saya masih ingat mengenai peristiwa yang mengubah hampir 180 darjah kehidupan saya. Ketika itu, hujan renyai-renyai. Seakan memahami perasaan saya yang sedikit gusar memikirkan tentang sesuatu.

Baru sebentar tadi, Kak Long yang baru sahaja tiga hari melahirkan puteri sulungnya menelefon ke kampung. Dia memberitahu bahawa suaminya perlu berangkat ke Singapura atas urusan kerja yang tidak dapat dielakkan. Ibunya pula kurang sihat dan kemungkinan tidak dapat menjaga Kak Long berpantang nun jauh di Johor sana.

Saya tiada masalah jika ingin bantu menjagakan bayi. Cuma, apa yang merisaukan saya adalah tentang makanan untuk Kak Long. Saya sering kali mendengar bahawa ibu berpantang perlu dijaga dengan baik. Bahkan pemilihan makanannya juga harus teliti dan perlu berpantang makanan-makanan tertentu.

Saya boleh memasak. Tetapi hanya memasak mi segera ataupun memasak air. Untuk memasak sajian utama, apatah lagi masakan ‘orang sakit’ sangat di luar kepakaran saya.

“Saya perlu pergi ke kelas masakankah nanti? Tetapi, nanti kakak akan bersendirian di rumah,” detik hati kecil saya.

“Oh mungkin saya boleh membaca resipi di Internet,” Hati saya menjawab dan berbekalkan tanggapan itu, saya akhirnya menjaga orang berpantang.

Disangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari.

Tidak mudah rupanya untuk orang yang seperti saya, tidak tahu memasak dan berpandukan resipi ‘Google’ semata-mata. Resipi yang diberikan mungkin mudah bagi mereka yang sudah biasa memasak. Itu pun belum tentu resipi tersebut menjadi.

Akhirnya hari pertama, saya hanya masakkan bubur ayam kosong ditabur dengan daun sup. Begitu juga dengan hari kedua menyebabkan saya rasa bersalah terhadap Kak Long.

Mujurlah ada rakan saya memperkenalkan satu perkara yang saya rasakan cukup menarik dan praktikal untuk saya.

Bengkel Masakan Online! Dapurpts.com.

Bagaimana mungkin saya, generasi Y tidak terfikir tentang teknologi secanggih ini? Pilihan yang diberikan cukup mudah. Saya boleh belajar memasak tanpa perlu pergi ke kelas dan hanya belajar daripada dapur rumah.

Ternyata selepas menyertai Kelas Masakan Online tersebut, saya bukan sahaja boleh memasak Ikan Singgang dan Sawi Masak Bening, malahan saya mampu untuk memasak Sup Ayam Kampung kegemaran kakak serta lauk-pauk ala restoran yang lain.

Selepas pulang dari Johor, berbekalkan ilmu Kelas Memasak Online tersebut, saya menjadi lebih rajin untuk memasak. Pelbagai resipi telah dicuba dan mendapat pujian daripada ibu dan adik-adik di rumah. Mereka pula sibuk meminta saya memasak resipi baru setiap hari.

Saya bersyukur kerana dengan ilmu masakan yang saya peroleh itu, ibu saya dapat berehat dan saya mampu menunaikan permohonan adik-adik yang ingin merasa air tangan saya.

Saya sangat menyarankan mereka yang berada dalam situasi yang sama dengan saya, atau yang ingin belajar memasak untuk cuba cara saya ini. Saya pasti ia akan mengubah hidup anda juga.

Teks: Syazana Syamsul

Kelas Masakan Online Pilihan Wanita Moden Hari Ini

Wanita Muda Harus Tahu Ilmu Ini Sebelum Berkahwin