Blog

Kalau Anda Sering Sakit Kepala, Pastikan Daun Kunyit Sentiasa Ada Di Rumah

Selalunya kalau sakit kepala pasti Panadol akan terlintas dalam fikiran. Apa tidaknya, mungkin kerana sudah diajar daripada kecil yang Panadol mujarab untuk menghilangkan sakit kepala. Mungkin juga sebab selalu sangat tengok iklan dalam televisyen.

Tapi selepas membaca artikel ini, saya rasa anda mungkin menolak ke tepi Panadol apabila sakit kepala menyerang. Di sini saya ingin kongsikan bagaimana merawat sakit kepala menggunakan herba tanpa menggunakan Panadol.

Mungkin ramai yang masih tidak tahu tentang kegunaan daun kunyit dalam menyembuhkan sakit kepala. Jika golongan dewasa pun tidak tahu, apatah lagi golongan muda-mudi yang mungkin tidak kenal pun pokok kunyit.

Kalau sebut daun kunyit pun, pasti semua terbayang-bayang rendang dan gulai sahaja. Walhal banyak lagi kegunaan lain yang anda perlu tahu tentang daun kunyit, terutama dalam kesihatan.

Bukan auta tapi fakta, daun kunyit sebenarnya mampu menyembuhkan pening dan sakit kepala. Kalau anda tiba-tiba mengalami sakit kepala, cuba ambil beberapa helai daun kunyit, ramas dan sapu rata pada kepala. Insya Allah, sakit kepala anda akan hilang. Ini petua orang lama, menyesal kalau tak cuba. Caranya juga senang dan tidak terlalu rumit.

Kalau disenaraikan, memang banyak manfaat dan khasiat daun kunyit. Itu baru sakit kepala, ada lagi penyakit yang boleh dirawat dengan hanya daun kunyit yang selalu anda buang dalam tong sampah. Antara lainnya seperti;

  1. Mencegah kanser
  2. Mengurangkan risiko Leukemia dan Alzheimer
  3. Meningkatkan antioksida
  4. Mencegah depresi dan banyak lagi.

Teks: Nor Fatin Amira Salleh

5 Gerai Keropok Lekor Wajib Singgah di Terengganu

Daun Kesum Bukan Hanya Menyedapkan Asam Pedas, Tapi Menyihatkan Badan