Blog

Ini Caranya Untuk Elak daripada Menangis Ketika Di Dapur

Sama ada lelaki mahupun perempuan, apabila masuk dapur sahaja, mesti ada yang akan menangis. Orang selalunya kalau hendak menangis mesti pergi ke tandas ataupun bilik air. Tapi kenapa pula menangis di dapur?

Siapa yang suka masak mesti tahu jawapannya kan? Tidak perlu putus cinta ataupun dimarahi bos di pejabat boleh menyebabkan anda menangis.

Hanya disebabkan sebiji bawang pun anda boleh menangis. Ya betul, bawang kalau tidak kena teknik yang betul ketika dipotong boleh menitis air mata.

Untuk pengetahuan semua, ada caranya bagaimana untuk mengelak daripada menangis ketika memotong bawang. Saya kongsikan beberapa tip berikut yang boleh diamalkan semasa di dapur:

1. Gunakan pisau yang tajam. Pisau yang tajam akan membantu mengurangkan enzim yang menyebabkan mata berair.

2. Memakai cemin mata ataupun goggle untuk berenang. Mungkin cara ini kelihatan agak keanak-anakan tetapi percayalah ia pasti membantu.

3. Sejukkan dahulu bawang di dalam peti sebelum memotongnya.

4. Rendam di dalam air selama beberapa minit. Bawang yang direndam di dalam air dapat mengurangkan kesan pedih mata.

5. Nyalakan lilin berdekatan anda. Mungkin anda jarang mendengar cara ini. Namun, api daripada lilin tersebut dikatakan boleh mengurangkan juga kesan bawang merah tersebut.

6. Potong bawang di dalam air.

7. Menggigit roti ketika memotong bawang. Walaupun agak pelik, roti dikatakan akan menyerap enzim yang keluar daripada bawang tersebut.

8. Makan sedikit garam semasa mata mula terasa pedih.

Itulah cara-cara yang anda boleh praktikkan semasa memotong bawang. Semoga selepas mengamalkan cara yang dikongsi tersebut, tiada lagi drama air mata di dapur ya!

Teks: Nor Fatin Amira Salleh

5 Kuih Yang Masyhur Di Negeri Cik Siti Wan Kembang

Baru Berusia 5 Tahun Sudah Pakai Cermin Mata. Ini Puncanya!