Blog

3 Makanan Yang Baik Untuk Membekalkan Nutrisi Kepada Bayi Anda

Kanak-kanak mempunyai selera makan yang tidak dapat dijangka. Satu hari mereka seronok dengan resipi yang kita sediakan. Tetapi keesokannya, mereka menolak apa yang kita berikan. Pernah dengar ataupun lihat iklan, “Anda rasa saya ada masa untuk sakit kepala”?

Kita juga pernah merasai perkara yang sama setiap kali menyiapkan hidangan untuk si kecil. Di sini, kami senaraikan makanan yang anda boleh jadikan bahan utama untuk membuka selera si kecil dan sangat mudah disediakan.

Hanya mengambil masa 10 hinga 20 minit di dapur. Si kecil akan bertambah ceria.
Untuk si kecil yang baru mula mengenal makanan pepejal, seeloknya kita berikan mereka sayuran hijau yang mempunyai serat yang tinggi. Brokoli menjadi salah satu pilihan untuk dijadikan sajian buat si kecil.

1. Brokoli

gambar hiasan. foto: Pixaby
Foto: Pixabay

Ini kerana, brokoli mengandungi vitamin C, asid folik, dan zat besi yang cukup bagi meningkatkan sistem imunisasi dan penglihatan yang baik. Menurut kajian yang dijalankan oleh Sharmin Khanam dalam jurnalnya yang bertajuk Antidiuretic and antidiarrhoeal activities of polar and non-polar extract of Brassica oleracea, sup brokoli dapat menjadi penawar atau ubat untuk kanak-kanak yang mengalami cirit-birit.

2. Yogurt

Yogurt adalah makanan yang baik untuk kanak-kanak dan makanan tenusu yang baik untuk mereka yang tidak boleh minum susu. Kebanyakan pakar pediatrik mengesyorkan yogurt dapat diberikan kepada bayi bermula dari umur sekitar 7 hingga 8 bulan.

Yogurt. foto: Pixabay
Foto: Pixabay

Protein susu yang sukar bagi bayi untuk dicerna akan dipecahkan oleh bakteria yang terdapat dalam yogurt. Selain itu, spesies bakteria lactobacillus yang ada juga baik untuk menjaga sistem pencernaan bayi kita untuk kekal sihat.

3. Buah-Buahan

Buah-buahan dan sayur-sayuran mungkin tidak tergolong dalam makanan kegemaran anak kita, tetapi ada sebabnya untuk kita masukkan lebih banyak makanan ini ke dalam diet mereka. Buah-buahan dilengkapi dengan vitamin, mineral, anti-oksidan, dan serat makanan yang mampu bertindak manghalang daripada mendapat sebarang jangkitan dan menjejaskan kesihatan mereka.

Kanak-kanak perlukan makanan yang berkhasiat kerana tubuh mereka perlu menerima nutrien untuk tumbesaran. Seorang kanak-kanak yang diberi makanan yang sihat akan menerima bonus seumur hidup dari minda dan badan yang lebih kuat.

Oleh itu, sebagai ibu bapa, kita perlu memainkan peranan penting. Jaga kesihatan bersama pasti lebih mengujakan buat seisi keluarga.

Amaran! Berwaspada Jika Anda Seorang Penggemar Makanan Ringan. Ini Sebabnya!